KURSUS FAIL MEJA DAN MANUAL PROSEDUR KERJA

Ditulis pada .

Kursus Fail Meja Dan Manual Prosedur Kerja telah diadakan selama 2 hari bermula 14 hingga 15 mac lalu bertempat di Dewan Seminar JKR Marang. Penceramah jemputan adalah Puan Shahidah binti Sulong daripada INTIM Kemaman.Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai konsep Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM), meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan MPK dan FM dan juga membolehkan peserta menyediakan MPK dan FM.

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.

 

 

 

 

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Ditulis pada .

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran jabatan ini telah diadakan pada 7 Mac 2018 bertempat di Dewan Seminar JKR Marang melibatkan semua kakitangan JKR Marang. Kursus Pengurusan Jenazah ini dipimpin Oleh YBhg. Ustaz Mohammad bin Deraman, Penolong Pegawai Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada kakitangan jabatan ini tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Semoga ilmu yang dicurahkan mendapat rahmat dan memberi semangat kepada peserta, yakin dalam menguruskan jenazah, terutamanya dari kalangan ahli keluarga.

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.

 

 

 

 

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JKR MARANG KALI KE-21 TAHUN 2018

Ditulis pada .

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Marang Kali Ke-21 telah diadakan pada 8 Februari 2018 bertempat di Dewan Seminar JKR Marang. Agenda mesyuarat kali ini ialah membubarkan AJK Sesi 2017/2018 dan perlantikan AJK Sesi 2018/2019, perkara-perkara berbangkit dan juga pembentangan laporan aktiviti setiap biro.

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.