PEKAN BUDAYA PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 2017

Ditulis pada .

26 JULAI 2017 – Pada 23-25 Julai 2017, JKR Marang telah menyertai pameran bagi Pekan Budaya Daerah Marang yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Marang bertempat di Pantai Peranginan Kelulut, Marang. Pekan Budaya ini telah dirasmikan oleh YB A. Latiff bin Awang,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri. JKR Marang juga turut mendapat tempat kedua bagi kategori gerai tercantik pada tahun ini.

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.

 

 

 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017 JABATAN KERJA RAYA MARANG

Ditulis pada .

9 JULAI 2017 – Majlis ini diadakan di Dewan Seminar JKR Marang melibatkan semua kakitangan jabatan. Pelbagai juadah disediakan hasil daripada kerjasama kakitangan. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana, kemeriahannya tetap terasa dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga jabatan.

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.

 

 

KARNIVAL SUKAN JKR TERENGGANU 2017

Ditulis pada .

Pada 20 – 21 April yang lalu,telah berlangsungnya Karnival Sukan JKR Terengganu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu. JKR Marang turut mengambil bahagian dalam karnival ini iaitu bola sepak, bola tampar, bola jaring dan badminton. Pasukan JKR Marang telah merangkul Johan dalam acara bola tampar dan Naib Johan dalam acara bola sepak dan bola jaring. Buat pertama kalinya JKR Marang merangkul Johan Keseluruhan pada karnival kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain dan warga JKR Marang. 

Sila ke halaman 'Galeri Foto' untuk melihat foto-foto majlis ini.