Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Ditulis pada .

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) beriltizam untuk melaksanakan dan mengekalkan persekitaran tempat kerja 
yang selamat dan sihat kepada seluruh warga kerja dan pihak-pihak lain melalui budaya kerja yang
terancang dan sistematik.
 
Bagi menjayakan dasar ini, JKR memastikan langkah-langkah berikut dilaksanakan :
 
     1.  Menzahirkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga kerja dan pihak-pihak  
          lain melalui perancangan kerja yang teratur dalam situasi biasa mahupun kecemasan;
     2.  Menyediakan sumber kewangan, informasi, program dan latihan yang berterusan serta 
          menerapkan budaya kerja selamat dan sihat direalisasikan melalui amalan perkongsian 
          tanggungjawab oleh semua warga kerja JKR dan pihak-pihak lain;
     3.  Menyiasat dan mengambil tindakan pembetulan serta pencegahan dengan segera ke atas setiap 
          kemalangan pekerjaan yang berlau dan melaporkannya kepada pihak berkaitan dan
     4.  Memastikan Pengurusan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan dilaksanakan secara efektif 
          dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi, dan objektif jabatan ke arah 
          membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.