Perutusan Jurutera Daerah

Ditulis pada .

 

Assalamua’laikum,

Selamat datang ke laman sesawang Jabatan Kerja Raya Marang. Sebagai pembuka bicara dan tanda penghargaan saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan laman sesawang Jabatan Kerja Raya Marang ini sama ada di peringkat negeri dan juga daerah.

Tujuan utama pembangunan laman sesawang ini adalah untuk memperkenalkan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan jabatan ini kepada masyarakat awam. Selain itu beberapa maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui laman sesawang ini dapatlah dimanfaatkan oleh pegawai, kakitangan, pihak pelanggan dan masyarakat awam bagi memudahkan serta meningkatkan perkhidmatan dan prestasi yang sedia ada.

Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin untuk mencapai matlamat sebagai sebuah jabatan yang unggul dalam memberi perkhidmatan kepada pihak pelanggan dan masyarakat umum. Dengan ini saya amat mengalu-alukan pandangan yang membina dan bermanfaat untuk memantapkan maklumat dan kemudahan yang telah disediakan ini.

Selamat melayari laman sesawang Jabatan Kerja Raya Marang.

Sekian terima kasih.

Ir. AMALLUDIN BIN ZOLKIFLI
Jurutera Daerah
JKR Marang
Terengganu Darul Iman