Sejarah & Salasilah Jurutera Daerah

Ditulis pada .

SEJARAH MARANG

Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini,di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu.Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai.Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.Pada masa itu di kediaman beliau terdapat banyak jemuran hasil-hasil laut tadi yang dipanggil “rang” oleh penduduk tempatan.Dipercayai oleh kerana banyak nya “rang” itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehingga kini diguna pakai.

Sejarah pentadbiran Daerah Marang  pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar – pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran  oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai  (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan  Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu – penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung – kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar – pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river districts). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ‘ river districts ’ yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. hunphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu.  Kuala Berang dan Marang diletakkan  di bawah Jajahan  tengah dengan pusat pentadbiran nya di Kuala Terengganu. Daerah – daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah jajahan Timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing –masing.

 

SEJARAH PENUBUHAN JKR MARANG

JKR Marang telah di tubuhkan pada 1 Januari, 1989 setelah sekian lama di bawah gabungan JKR Daerah Kuala Terengganu/Marang. Pewujudan JKR Marang adalah selaras dengan pembangunan Daerah Marang bagi meningkatkan usaha pembangunan dan kemudahan Awam yang lebih efektif. JKR Marang pada peringkat awalnya beroperasi di   Bangunan lama pejabat Daerah Marang sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 1 Januari, 1993.
 

SALASILAH JURUTERA JKR MARANG

BIL
NAMA JURUTERA DAERAH     
TEMPOH
1  EN. WAN MAZUKI BI WAN ISMAIL  1 JAN 1989 - 16 OGOS 1994
2  EN. SUDIRMAN BIN KAMAL  16 OGOS 1994 - 16 SEPT 1995
3  EN. HANAN BIN HJ. ELIAS  1 MAC 1996 - 11 FEB 2004
4  EN. CHE ABD HAMID B. HJ. ABD RAHMAN  1 FEB 2004 - 30 SEPT 2005
5  TN. HJ. MOHD YASIM BIN ABD GHANI  1 DIS 2005 - 16 OGOS 2009
6  EN. SUHAIMI BIN MOKHTAR  17 OGOS 2009 - 30 APRIL 2011
7  Ir. WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MOHAMAD  1 MEI 2011 - 31 OGOS 2014
 8  EN. WAN ADIB BIN WAN MOHD TAUFEK
 1 SEPT 2014 - 31 OKT 2016
9 Ir. AMALLUDIN BIN ZOLKIFLI  1 NOVEMBER 2016 - SEKARANG