Fungsi, Objektif, Visi & Misi

Ditulis pada .

FUNGSI

Merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan:

  1. Menyelenggara jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah

OBJEKTIF

Sebagai perunding utama kepada Kerajaan Negeri Terengganu, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk :
Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

VISI

"Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan insfranstruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini".

MISI

Misi kita ialah untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara dengan:-

  1. Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru
  6. Mengutamakan integriti dalam memberi perkhidmatan
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan