Panduan Pengguna OKU

Ditulis pada .

Laman Web JKR Marang menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

 

A) Pengguna tidak boleh melihat:

Dapatkan Internet Explorer (IE) Page Reader di sini.

1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

 

B) Pengguna rabun warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web JKR Marang. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Laman Web JKR Marang akan berubah serta-merta.

 

C) Pengguna warga emas;

Bagi pengguna warga tua, Laman Web JKR Marang ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Laman Web JKR Marang. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.